Khamis, 18 April 2013

Chicken Floss Roll

Alhamdulillah selepas sebulan berlalu saya ke kelas Roti bersama Mamazieza di Selangor...baru sekarang saya membuka tempahan untuk pelanggan yang ingin merasai roti yang lembut lebih dari tempoh 24jam. Untuk Produk Baru ini saya jual Chiken Floss Roll size 9inci dengan harga RM15. Luaran Roti yang diliputi dengan chiken Floss bersama Cheese, manakala bahagian dalamnya di penuhi dengan isian Tuna yang pasti tidak mengecewakan....



Isnin, 15 April 2013

Chiffon Chocolate Black Glutinous


Alhamdulillah...akhirnya kek ini sampai juga ke tangan tuan rumah sempena majlis doa selamat masuk ke rumah baru. Rezeki Kak Ani sebab kek ni  sebenarnya kami buat untuk makan bersama anak2 dah tu ada lebih 1 loyang kami jadikan ole-ole dengan hiasan simple. Keratan rentas atas sebelah kanan tu yg kek bahagian kami yg dah habis pun.....

Rabu, 10 April 2013

Kek Coklat Mewah

Kek Coklat yg moist dilapisi krim di bahagian tengah dan luaran kek yang mewah di kelilingi coklat jejari. kek ini menggunakan krim yang tidak memuakkan dan pasti disukai ramai terutama kanak-kanak. Mewah dengan coklat M&M dan Nips.



Cupcake Fondant

Alhamdulillah....akhirnya berjaya juga menyiapkan cupcake fondant coklat dengan presentation yang simple bagi diri yang baru berjinak dengan dunia fondant ini.Sebelum ni ada yang pernah minta buatkan cupcake jenis fondant...tapi saya tak berani dan tiada keyakinan diri masa itu. Kali ini saya tak boleh menolak dan sampai bila saya harus mengelak...saya ingin mencabar diri sendiri yang diri ini boleh buat sebagaimana yg orang lain boleh buat...cuma kalau dah nama budak baru belajar, mestilah hasilnya tidak sehebat orang yg telah lama dan profesional.

 CINTA HATI

Terima kasih buat kak Juliah rakan sekerja suami yang sudi dan beri kepercayaan untuk diri ini hasilkan cupcake seperti di atas buat adiknya. Selamat Pengantin Baru buat JIBET & NINIE semoga majlis perkahwinan kalian berjalan lancar dan kekal hingga akhir hayat....amin.


Mana boleh saya lupakan buat kawan2 bakers yg banyak memberi tunjuk ajar dari A-Z, dari saya tidak tahu cara mengadun/membuat fondant hingga selesai dan dapat hasil yg sebegini. Terima kasih kak Delima sudi melayan setiap soalan yg di kemukakan tanpa jemu untuk memberi jawapan walaupun jarak kita terpisah dengan lautan selat tebrau.InsyaAllah bila tiba masa kita mesti ketemu ya, kak Delima. Kawan2 di group dan hasil dr tunjuk ajar daripada buku2 bakers yg femes mengenai fondant. InsyaAllah tiba masa yang sesuai akan ikuti pula kelas bersama kawan2 yg lain.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

dah masuk blog kena klik sini juga