Rabu, 12 Jun 2013

Brownies I


Alhamdulillah Brownies makin mendapat tempat di hati kastemer Fazreen. Rata-rata yang dah merasai semuanya kata "SEDAP" penuh dengan rasa coklat didalam brownies ini selain itu tarikan taburan kekacang atau coklat dan hiasan gula yang berwarna warni. Kanak-kanak tertarik, ibu ayah tertarik....malah tetamu yg kita hidangkan pun turut tertarik untuk merasai kek brownies.


Tq ya  Jiran setaman yg sudi order...memula tu dia ingat sejenis cookies sebab pertama kali dia rasa masa saya buat Majlis Birthday anak. Sebelum ambil dr bekas memang nmpk mcm cookies sebab jiran ni lihat bahagian luaran brownies ni mcm agak kering tapi bila jiran ni ngap...hmmmm lembut, padat dan memang tak terkata kesedapannya. (eh bukan sy sendiri perasan ya :) ini rata2 yg bagi tau saya dgn komen positif).

Dengan kata lain, brownies ni boleh juga dijadikan hantaran perkahwinan, pertunangan, rumah terbuka, sebagai hadiah ketika mengunjungi keluarga selain untuk minum petang bersama keluarga tersayang.

Okay yang nak mencuba boleh hubungi saya ya, di 016-9152135 kawasan Melaka. Saya juga ada buat penghantaran untuk kawasan Melaka dgn caj penghantaran mengikut jarak dgn harga yg berpatutan.






Okay Iklan PERCUMA bagi area SHAH ALAM boleh call kawan FB saya Najwa atau area BANGI/ PUTRAJAYA call Faziatunisa...kawan saya pun turut membuat brownies yang sama macam saya jual ini.


Khamis, 6 Jun 2013

2 Tingkat Kek Fondant










 Terima Kasih Kah Sharifah atas kepercayaan yang di beri untuk saya menghasilkan kek fondant buat pertama kalinya.

Jambangan Coklat III


 Terima Kasih Sha Zura & Jimmy

Jambangan Coklat II

Terima Kasih kak Nabihah atas tempahan ini.....

Khamis, 18 April 2013

Chicken Floss Roll

Alhamdulillah selepas sebulan berlalu saya ke kelas Roti bersama Mamazieza di Selangor...baru sekarang saya membuka tempahan untuk pelanggan yang ingin merasai roti yang lembut lebih dari tempoh 24jam. Untuk Produk Baru ini saya jual Chiken Floss Roll size 9inci dengan harga RM15. Luaran Roti yang diliputi dengan chiken Floss bersama Cheese, manakala bahagian dalamnya di penuhi dengan isian Tuna yang pasti tidak mengecewakan....



Isnin, 15 April 2013

Chiffon Chocolate Black Glutinous


Alhamdulillah...akhirnya kek ini sampai juga ke tangan tuan rumah sempena majlis doa selamat masuk ke rumah baru. Rezeki Kak Ani sebab kek ni  sebenarnya kami buat untuk makan bersama anak2 dah tu ada lebih 1 loyang kami jadikan ole-ole dengan hiasan simple. Keratan rentas atas sebelah kanan tu yg kek bahagian kami yg dah habis pun.....

Rabu, 10 April 2013

Kek Coklat Mewah

Kek Coklat yg moist dilapisi krim di bahagian tengah dan luaran kek yang mewah di kelilingi coklat jejari. kek ini menggunakan krim yang tidak memuakkan dan pasti disukai ramai terutama kanak-kanak. Mewah dengan coklat M&M dan Nips.



Cupcake Fondant

Alhamdulillah....akhirnya berjaya juga menyiapkan cupcake fondant coklat dengan presentation yang simple bagi diri yang baru berjinak dengan dunia fondant ini.Sebelum ni ada yang pernah minta buatkan cupcake jenis fondant...tapi saya tak berani dan tiada keyakinan diri masa itu. Kali ini saya tak boleh menolak dan sampai bila saya harus mengelak...saya ingin mencabar diri sendiri yang diri ini boleh buat sebagaimana yg orang lain boleh buat...cuma kalau dah nama budak baru belajar, mestilah hasilnya tidak sehebat orang yg telah lama dan profesional.

 CINTA HATI

Terima kasih buat kak Juliah rakan sekerja suami yang sudi dan beri kepercayaan untuk diri ini hasilkan cupcake seperti di atas buat adiknya. Selamat Pengantin Baru buat JIBET & NINIE semoga majlis perkahwinan kalian berjalan lancar dan kekal hingga akhir hayat....amin.


Mana boleh saya lupakan buat kawan2 bakers yg banyak memberi tunjuk ajar dari A-Z, dari saya tidak tahu cara mengadun/membuat fondant hingga selesai dan dapat hasil yg sebegini. Terima kasih kak Delima sudi melayan setiap soalan yg di kemukakan tanpa jemu untuk memberi jawapan walaupun jarak kita terpisah dengan lautan selat tebrau.InsyaAllah bila tiba masa kita mesti ketemu ya, kak Delima. Kawan2 di group dan hasil dr tunjuk ajar daripada buku2 bakers yg femes mengenai fondant. InsyaAllah tiba masa yang sesuai akan ikuti pula kelas bersama kawan2 yg lain.


Ahad, 31 Mac 2013

Sabtu, 23 Februari 2013

Melty Choc

Jom rasai kenikmatan Melty Choc satu-satunya boleh dapati di Bukit Katil, Melaka. Melty Choc sejenis desert yang sangat sedap dengan gabungan krim istimewa dilapisi biskut dan parutan cheese serta taburan coklat. Sesuai dimakan ketika sejuk dan pembasah tekak di cuaca panas....tapi saya, suami dan anak-anak di kala hujan pun balun hehehehe.


Jumaat, 11 Januari 2013

Brownies Anak Waja Cemerlang


Cupcakes Brownies khas untuk anak-anak Tadika Waja Cemerlang......hari ini 11/1/2013 Alya kena bawa sesuatu kat tadika untuk jamuan tahun baru, jadi ibu pun sediakan brownies ni untuk Alya dan kawan-kawan serta cikgu kat tadika tu.Cantikan cute jer....penuh dengan warna warni dalam kehidupan kanak-kanak kecil.


Cheese Cake e-perolehan


Blueberry Cheese Cake yang simple mengikut bajet kastemer pembuka order di tahun baru 2013. Terima Kasih pada empunya diri sanggup menunggu beberapa hari untuk dapatkan tempahan ini dan menepati dengan citarasa. Selain cake kastemer nie order pavlova dan crepe durian. Tercapai hajat makyong ni nak rasa semua  yg di idamkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

dah masuk blog kena klik sini juga