Sabtu, 30 April 2011

Besday Cake



Selamat Malam semua....N3 terakhir hujung bulan April sekejap jer masa berlalu....Kek Birthday untuk baby girl, kek ni ditempah oleh Lisa, Taman Merdeka. iman nie lahir pertengahan bulan April dan esok baru dapat celebrate sebab masa tarikh besday...Iman kena demam campak. Lisa dia bgtau FzChoc nak yg simple jer kek 1/2 kilo tapi bila dah tambah itu ini terhasil ler kek yang berat bersih 800++grm. Kesemua kek disaluti Fresh Cream diluar dan juga lapisan dalam. Tq Lisa, nanti boleh order lagi.

Rabu, 27 April 2011

Choc. Moist Cake

Kek Coklat Moist yang disalut sepenuhnya dengan "fresh Cream" di lapisan dalam dan lapisan luar. Kek ni atas permintaan anak bujangku yang tak sabar2 suruh buat kek yang ada edible image cartoon.Kesian pulak setiap kali buat kek dia akan tanya "bila nak buat kek utk abang? tak dapat edible cartoon yg besar pun takpe janji ada cartoon yg kecik" Dengan tidak mahu menghampakan permintaannya terhasil ler decorasi dr hasil keras tanganku.

Selasa, 26 April 2011

Aromapaste TIRAMISU

Gambar ehsan dari Zati D'hati

N3 hari ini FzChoc ingin berkongsi sedikit info tentang salah satu produk bakery. Aromapaste Tiramisu biasanya digunakan dikedai yang ternama dan rasanya lebih enak dari homemade atau bakeri Melayu. Untuk pengetahuan peminat setia Tiramisu, kandungan bahan paste ini terdapat "White Wine Powder" atau Serbuk Arak Putih. Walaupun saya TIDAK pernah rasa dan menggunakan paste ini utk kegunaan dalam Tiramisu yg saya jual di FzChoc, tidak salah rasanya saya sebagai orang Islam menyebarkan apa yang halal dan haram bahan yg digunakan dalam makanan. FzChoc hanya menjalankan tanggungjawab. FzChoc tak pernah lagi jumpa produk ini dan tidak tahu pun kehadiran serbuk arak putih ini kerana masih baru lagi dalam bidang Bakery. Terima Kasih Kak Zati D'hati atas info yang diberikan.

Isnin, 25 April 2011

Tuna Roll Berdaging...

N3 hari Pertama dalam minggu terakhir bulan April. Tuna Roll nama asal diberi bila nampak kat umah Cik Mat Gebu pagi tadi tapi disebabkan letak daging terciptalah nama yang ku beri. Macam kelakor jer namanya janji rasa memang sedap tambah lagi kalau makan bersama sos dan mayonis. Bahan2nya pun simple boleh beli kat kedai runcit buat pun tak sampai 1/2 jam. Untuk yang ingin dapatkan resepi ni boleh ketuk pintu umah ayu di farahaimie.blogspot.com tapi waktu mlm sikit boleh dtg. Kedai Fzchoc ni memang tak de kalo bab2 resepi.

Sabtu, 23 April 2011

Caramel Pudding

Caramel Pudding...memang sedap...sedap...sedap...ayu buat ptg tadi untuk kawan yang berkunjung kerumah. Sebenarnya dah lama nak buat puding ni tapi kebanyakannya cara buat pakai kukus tapi yang ini guna style bakar dlm oven. Terima kasih Sarah & family sudi menjadi tester kepada puding karamel ni....jangan serik tau lain kali ada masa lapang datang umah :) suka tengok gerai nasi ayam laris tadi. Untuk sesiapa yang ingin resepi nasi ayam madu boleh lawat ambil kat umah ayu kat sini tapi sebelum tu bagi salam dulu tau....

Selasa, 19 April 2011

Tiramisu lagi....

 Dalam 1 Tupperware
2 lapisan Sponge Cake bersama Blueberry filling


2 lapisan Sponge Cake tanpa filling

Tiramisu


Tiramisu....Tiramisu...Tiramisu.... boleh dapatkan di FzChoc dengan harga yang berpatutan.Ada Tiramisu Blueberry, Strawberry, kiwi....Gambor kurang berseri, kalau hias dengan buahan segar br meriah sikit. Sedap dimakan waktu tiramisu baru kuar freezer, bila makan sampai kat tekak tu terasa sejuk....Mmmmmm nyummm nyummmm....Hubby kata OK memang terasa sempat lagi pagi tadi dia bawa gi Opis utk diberi kawan2 dia merasa dan memberi komen....

Jumaat, 15 April 2011

APD sedia dipasarkan

Apam Polka Dot FzChoc sudah bersedia untuk dipasarkan....sesuai dijadikan door gift di majlis cukur jambul, khatam quran, ole2 majlis perkahwinan, besday dan pelbagai majlis. Terdapat inti coklat, blueberry, strawberry, kelapa. didatangkan dalam pembungkusan menarik. FzChoc sedia menerima tempahan pada bila-bila masa dalam kuantiti yang banyak. Minimum tempahan 50biji keatas.

*NEW Baby - Apam Polka Dot

Baby baru FzChoc....Apam Polka Dot memang femes sekarang kat mana2 blog pasal apam yg comel ni....semalam dengar kakak kat kampung dah cuba try buat....hari ni Fzchoc pulak. Cuba lihat KEGEBUSAN apam ni dengan  rasanya yang sedap. Kat dalam tu FzChoc ada letak filling coklat dan blueberry untuk percubaan pertama. Alhamdulillah menjadi.... banyak ni boleh bagi jiran setaman heeeeee...

Sabtu, 9 April 2011

Kek Minum Petang

Salam Petang semua....waktu2 macam gini rasa sunyi jer.... anak - anak tido....ayah anak apa lagi letih baru balik dari Opis :) dengan dia skali tidur. Untuk tidak membosankan diri, pergi dapor godak2 bahan kek untuk dijadikan sajian minum petang...dah jadi sebiji kek ganache coklat hanya tinggal nak makan jer....Teringat pulak kat anak sedara hari ni besday dia :) kalau dekat dah suruh dia potong kek ni "HAPPY BESDAY HAMRY IKMAL" adik alya tolong potong kek ni utk abg chik yea ^-^

Jumaat, 8 April 2011

Special Paperbag


Hadiahkan Coklat dengan paper bag yang menarik kepada tetamu yang datang meraikan Majlis keraian untuk dibawa pulang. Untuk tempahan boleh hubungi Ayuazren atau fazreenchocolate

Khamis, 7 April 2011

Lollychoc Bouquet 1

Chocolate Bouquet....terdapat lolichoc Oreo dan love, bekas dan hiasan bunga. Sesuai untuk hadiah Hari Jadi, Baby Shower, Majlis Perpisahan, Konvokesyen, Hari Ibu atau Bapa, untuk yang tersayang dan termasuk majlis yang seangkatan :) Selain bentuk Oreo, boleh dapati coklat berbentuk love, rose, assorted lolichoc.Boleh pilih bentuk coklat mengikut kesesuaian. Harga bergantung kepada jumlah coklat. Berminat boleh call Ayu 016-9152135 atau PM ayuazren.

Ben 10

Ben 10 salah satu karektor kartun yang di minati kanak2 zaman sekarang. Coklat Oreo Edible Image yang boleh di makan...Selain  image Ben 10, ada juga karektor kartun Princess, Batman, Upin Ipin, Doraemon, dan mcm2 lagi. Selain itu images muka sendiri pun boleh letak...

Rabu, 6 April 2011

Mould Butterfly

Okay kepada sesiapa yang berminat dengan mould butterfly nie boleh PM ayuazren...
Harga :- RM15
Tidak termasuk kos Poslaju.

Selasa, 5 April 2011

Choco Oreo...

Coklat Oreo 4pcs / box...didalam terdapat 2 lapisan oreo berserta cream. Boleh order mengikut pilihan warna tema yang diingini.

Isnin, 4 April 2011

Pot Baru

Apa nie???? yang di luar sana mesti dapat teka kan "tempat cucuk telor". Tetapi.... sekarang ayu dah tukar kepada tempat cucuk coklat hehehe....Masa nak dapat benda nie, ayu kompius dan orang yg mendengarnya pun kompius sbb ayu sebut bekas pahar jangan gelak sebelum-belum ni x penah amik tau brg hiasan majlis kahwin. Ni pun pinjam kat umah Omak... dia boleh kata nak buat sewa..wah! mak pun dah nak wat bisness jugak :) ayu bkn apa sian bekas ni dah lama badannya tak bersolek...mula2 dpt make-up 6 tahun lepas, pastu kalau x silap last 4tahun lepas kali terakhir solek....kesiankan....NOW... 

dah tak nampak badan yg seksi itu...

Ahad, 3 April 2011

Nak Sample....

Sample Coklat Praline untuk dijual dan juga sesuai untuk tempahan budget coklat.
 Nak order boleh call atau PM ayuazren...

Garden Lolichoc Mewah

Apasal nama Mewah? Haaaa.... bukan tempahan dr PN atau Encik Mewah tapi kedudukan dia berdiri yang dikelilingi teman2 yang berkait rapat antara satu sama lain dalam bekas keemasan.....ini kalau dijadikan buah tangan utk anak2 teman...tentu diaorang suka dan ibu pun suka, sebab.......... anak dapat coklat ibu dapat bekasnya pastu leh wat hiasan....tapikan..tapikan...bekas yang kat atas ni saya tak jual huhuhu ni pasu hadiah dari ibu kesayang Ayu....Tunggu gambo dlm N3 lain, yang itu FzChoc jual skali dgn coklat....
Nak tempah boleh roger ayuazren FzChoc

Oreo Lolichoc

Dekorasi baru lolichoc oreo....amat digemari kanak-kanak tapi orang dewasa pun suka sebab kat dalam ada biskut Oreo dengan perisa oren...

Sabtu, 2 April 2011

Cupcakes Carrot

Butterfly cupcakes opss! Carrot Cream Cheese Cupcakes....lum sempat ngap dlm mulot, rerama dah hinggap huhuhu. First time cuba wat resepi ni pagi tadi sblm anto coklat kat umah sedara....dapat juga ler dia orang merasa walaupun tak banyak...yang bertenggek tue coklat rerama aka butterfly hahaha. Sesiapa yang berkenan dengan cik rerama (eh! cik ke encik?) Mould boleh PM ayu atau tinggalkan masej...nak order cupcake tu skali pun boleh...

Kek Cawan Coklat

Kek Cawan Coklat ditengah tengah ada keju...memang mabeles nyum nyum nyum, padat dengan rasa coklat dan kelemakan cheese terasa hingga ke tekak :) Untuk tempahan boleh PM atau call ayuazren/ FzChoc
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

dah masuk blog kena klik sini juga