Isnin, 29 November 2010

Chocolate Love Box


RM15 sekotak
* termasuk 3biji coklat didalam beserta reben



Kotak coklat berbentuk love yg boleh di makan...
Sesuai utk hadiah, hantaran pertunangan/ perkahwinan

Sabtu, 13 November 2010

Tempahan Coklat Dari Inah

Haa... pertama skali minta maaf kat customer sorang ni hehehe... cousin fazreen, inah terpaksa menunggu fazreen mengisi chocolate2 dlm box yg di pilih. Pic box kat atas tu ler... tp penyusunan choc kat dlm tu berlainan sbb fazreen tak sempat nak amik gambor yg sebenar...selain tu ada choc sampingan lain utk mkn2 bersama husband...tq inah..nnt2 order lg :)

Tempahan Coklat Dari Natrah

Choc bunga cinta gabungan btk rose & love ditempah oleh Natrah Terengganu kawan lama fazreen masa sekolah... Nat pilih pek promosi dr pakej A dan minta fazren campurkan 2btk dlm 1bekas 50bj.... mungkin utk juadah raya kot....Selamat menjamu selera yer :) tq nat nnt2 leh order lg 

Hadiah Hari Lahir November

Hye semua... N3 kali ini 24 pcs coklat filling strawberry dan almond nibs bertemakan warna biru. Fazreen buat khas untuk kak Nisa sempena hari lahirnya dlm bulan november yang merupakan bln yg sama kelahiran 'Alya Shafiyyah anak kedua fazreen. Happy Birthday K.Nisa.....

Selasa, 9 November 2010

hantaran perkahwinan Azlinda


 Hantaran Coklat untuk Cik Azlinda Datuk Ab. Karim (skrg Puan) pada 7/11/2010 terdiri drpd roses pink filling almond nibs dan love shapes filling strawberry.

lolilchoc little roses bersama jambangan bunga rose... ideal dan hasil gubahan pengantin sendiri. Selamat Pengantin Baru Buat Azlinda Dan Amir, Moga Bahagia hingga ke Akhir Hayat..... Amin.

Isnin, 8 November 2010

Tempahan Coklat Dari Along

Hye semua... hari ini rajin betul fazreen meng update blog....cuaca kat luar rumah nampak redup jer dari pagi tadi. Sementara lihat anak2 bermain di luar, sambil2 tu fazreen update pic coklat yg ada dlm simpanan... 
Along jiran sebelah rumah order 20 pcs coklat praline dengan lolichoc oreo with edible 5 pcs untuk makan2. Tq Along :) selamat menjamu selera.

Tempahan Coklat Dari Kak Julina - SBR

Hari ini fazreen masukkan tempahan dari kak Julina...office-mate hubby, nakkan 20 pcs untuk makan2 bersama anak2. Kak Julina nak praline pelbagai bentuk dan filling. Terima kasih kak Julina :) lain kali order lagi.



Tempahan

Rimbunan Little Roses yang ditempah sudah siap untuk dihantar .....


 

Salam semua... rasanyer mcm dah sebulan padahal baru seminggu fazreen tak update blog, kiranya belum sempat bersawang lagi laa... Sebenarnya sepanjang minggu ni fazreen menyiapkan tempahan dari teman utk dijadikan gift masa majlis perkahwinan. Produk coklat yang fazreen sediakan semuanya fresh2 belaka dibuat mengikut masa sebelum tarikh penghantaran yg dikehendaki. Oh ya, fazreen nak ucapkan terima kasih juga pada kawan-kawan yg sudi order coklat pada minggu lepas :) sorry... samapi terlupa fazreen nak snap gambo coklat, apa2 pun Terima Kasih atas sokongan yg kalian berikan.

Ahad, 7 November 2010

Sample Tempahan

Little Rose
N3 dibawah ni dah 1bln fazreen tulis, cuma baru skrg publish kat blog... lagi pun ia hanya sbg sample mengikut budget yg diingini....

Lollichoc bentuk bunga rose ini, ditempah oleh Linda untuk dijadikan gift buat puteri sempena majlis perkahwinannya. Dia minta warna pink + putih simbol warna puteri.


Model Fazreen Chocolate yang beria-ia sangat nak ambil gambar bersama lollichoc yang ditempah auntie kak linda (panggilan airiel). Dikesempatan ini, Fazreen Chocolate mengucapkan Selamat Pengatin Baru buat kak Linda dan pasangan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

dah masuk blog kena klik sini juga